30 September 2013


SOLAT HAJAT PERDANA

Tarikh : 30 September 2013
Masa : 6.30 Petang
Tempat : Surau SMK Sungai Tong


Doa + Usaha + Tawakal...InsyaAllah menemui kejayaan.Selamat menempuh alam peperiksaan buat semua pelajar PMR, SPM dan STPM.
Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkanpertolongan daripada Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimana pun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah Yang Maha Pencipta.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.”    (Riwayat At-Tarmizi)
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat.”
Semoga berjaya!!!

8 February 2012

SEDARLAH ADIK-ADIKKU

kalian masih mentah
dalam menongkah arus dunia globalisasi
tempat kalian di kelas-kelas ilmu
bukan di ladang-ladang sawit
tak juga bawah jambatan
jangan menyesal di hari muka
kelak diri yang merana
pesan mak dan ayah
kalian semat dalam hati
bukan dilempar di lorong jalanan
pesan itu , pesan keramat
turun-temurun mengejar erti kehidupan
kalian sedar
 jangan terhantuk baru tergadah
kalian bakal memimpin negara
sedarlah adik-adikku


IBADAHKU, MATIKU HANYA UNTUK-MU

Ya Hayyum Ya Qayyum
Terimalah subuhku dalam hidayah-Mu
Berkatilah zuhurku dalam rahmat-Mu
Ampunkan lalaiku dalam asar-Mu
Peliharakanlah imanku dalam magrib-Mu
Jumaatku basah dalam as-Sajadah
Fajarku syahdu doa Akasyah
Pagiku hening restu Haiqal

Dhuhaku nyaman
Selawat An-Nur Muhammad Rasulullah
Tahajjudku indah Al-Mulk kebesaranmu Allah
Ar-Rahman Ar-Rahim-Mu
 kekal bahagiaku
Sunat isyrakku mohon rezeki-Mu
Sunat tasbihku mohon ampunan-Mu
Sunat hajatku mohon makbul-Mu
Terimalah YA ALLAH
Sujud syukurku

Tuhan
Limpahkanlah aku rahmat ikhlas
Hindarkan aku riak bias
Dalam Rahman-Mu YA ALLAH
Nikmat syukur yang indah

Tuhan
Aku mencari kebenaran insan
Naluri yang ku halusi
Di papan catur akal yang tersirat
Disilang kata nafsu yang menjerat

Siapa yang terpenjara sebenarnya?
Akal disangkar imankah?
Atau nafsu di jaringan hati?

ALLAHUMMA,
Matikan aku dalam HUSNUL KHATIMAH

7 February 2012

Besarnya Pengorbanan IBU




seorang ibu yang menyuruh anakya untuk melakukan sesuatu, tetapi anak berkata harus dengan syarat


1. menyapu = RM2.00
2. memasak = RM5.00
3. mengemas = RM7.00

setelah itu, ibu pun menjawab




1. melahirkanmu bertaruh nyawa
2. merawatmu dalam perut ibu selama 9 bulan percuma
3. membesarkanmu dengan sekuat tenaga dan ikhlas tanpa rasa lelah

lalu anak tersebut menangis memeluk ibunya.


JADILAH ANAK YANG MEMBANGGAKAN IBUBAPANYA





28 January 2012

SEJARAH SEKOLAH SMKST



Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tong (SMKST) merupakan salah sebuah sekolah yang terletak dalam daerah Setiu, Terengganu. Pada mulanya sekolah ini bernama Sekolah Menengah Bukit Fikri, Sungai Tong. Nama tersebut sempena dengan lokasinya yang terletak di atas sebuah bukit iaitu Bukit Fikri, Sungai Tong. Walau bagaimanapun nama itu telah ditukar kepada nama yang dikenali sekarang iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tong. Pertukaran nama tersebut dibuat kerana permintaan dan desakan penduduk Sungai Tong melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
                                        


Logo SMK Sungai Tong

                                        
                                                    
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tong terletak di Kampung Sungai Tong dengan keluasan kawasan lebih kurang 20.426 ekar. Tapak kawasan ini dahulunya merupakan kawasan kebun getah. Oleh kerana kawasan dikira sesuai sebagai tempat mendirikan sebuah sekolah menengah demi kepentingan dan kemudahan anak-anak penduduk sekitarnya, maka kawasan kebun getah tersebut telah diambil alih oleh pihak kerajaan bagi maksud tersebut lalu berbinalah Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tong dengan lokasi dan bentuk fizikalnya sebagaimana yang ada sekarang selepas beberapa siri perkembangan dan pembangunan. Proses meratakan tapak dan pembinaan bangunannya bermula pada tahun 1979. Dalam jangka masa 4 tahun proses pembinaannya, sekolah ini telah disiapkan oleh pihak kontraktor pada tahun 1983 dengan menelan perbelanjaan RM1.5 juta.

Pada tahun pertama (1983) operasinya bermula 3 kelas dibuka dan diperuntukkan bagi pelajar Tingkatan 1 dan 2 kelas untuk pelajar Tingkatan 2. Pelajar Tingkatan 1 terdiri daripada pelajar lepasan beberapa buah sekolah rendah yang tinggal di kampung-kampung sekitarnya. Manakala pelajar Tingkatan 2 pula merupakan pelajar-pelajar yang tinggal di kampung-kampung sekitarnya yang belajar di Sekolah Menengah Padang Midin dan Sekolah Menengah Ibrahim Fikri.

Setahun kemudian iaitu pada 9 Februari 1984, Sekolah Menengah Sungai Tong telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Mohamad Khalil bin Yaakob, Timbalan Menteri Pendidikan pada masa itu.

Pada masa itu, jurusan pelajaran yang disediakan adalah sama seperti sekolah menengah jurusan sastera yang lain. Tetapi semenjak Disember 1989, kelas aliran Arab telah dijalankan dengan satu kelas tingkatan satu, jumlah kelas aliran Arab kini (2009) ialah 3 (Tingkatan 1 – 3). Bermula tahun 1993 – 1997, kelas aliran Arab ditawarkan kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5. Dengan adanya kelas aliran Arab ini, secara langsung memberi kemudahan, persediaan dan peluang kepada anak-anak tempatan untuk melanjutkan pelajaran mereka ke sekolah menengah atas dalam bidang aliran agama di samping aliran Sastera. Bermula 1995, aliran Sains diperkenalkan kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 sehingga kini. Sementara kelas mata pelajaran vokasional (Automobil) dimulakan pada tahun 2004 hingga kini yang memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar dalam pembaikan automobil. Seterusnya dengan tujuan memberikan pendidikan yang lebih tinggi dan ke arah pendemokrasian pendidikan, kelas tingkatan enam aliran Sains mula dibuka pada tahun 2003 dan ditambah kepada aliran Kemanusiaan pada tahun 2004.


Dalam aspek pembangunan fizikal, pada awal pembinaannya,Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tong hanya mempunyai 3 buah bangunan sekolah sahaja,termasuk sebuah bangunan Bengkel Seni Perusahaan. Oleh kerana pertambahan pelajar yang kian meningkat serta hasil desakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, kerajaan telah meluluskan peruntukan dan membina sebuah lagi bangunan sementara.Seterusnya pada tahun 1985, 2 blok bangunan tingkatan 3 telah dibina sebagai bangunan tambahan untuk menampung pertambahan jumlah pelajar. Hasilnya terbinalah Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tong dengan ciri pembangunan fizikalnya seperti terdapat sekarang.

Pada bulan Jun 1987, sebuah asrama sementara telah dibina untuk kemudahan pelajar-pelajar yang tinggal berjauhan dan agak pedalaman dari sekolah ini. Di samping itu kemudahan dan keutamaan diberi kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan SRP, SPM dan STPM setiap tahun iaitu tingkatan 3, 5 dan 6. Oleh sebab keperluan asrama yang lebih baik dirasai perlu, lalu dua blok asrama telah dibina pada tahun 1900 iaitu masing-masing sebuah untuk kemudahan penginapan pelajar lelaki dan sebuah untuk pelajar perempuan. Asrama pelajar lelaki dikenali sebagai ASPURA dan asrama perempuan dipanggil dengan nama ASPURI. Kos pembinaan kedua-dua buah bangunan asrama berkenaan dianggarkan sebanyak RM 100,000 termasuk sebuah asrama desa dengan kosnya lebih kurang RM 50,000. Pada tahun 1993,RM 70,000 telah dibelanjakan untuk membesarkan dua unit bangunan asrama lelaki serta perempuan untuk pembinaannya telahpun siap.

Pada masa sekarang, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tong telah mempunyai 5 blok bangunan tenpat belajar dengan 45 buah bilik darjah,7 buah makmal,sebuah perpustakaan, dua buah bilik guru, sebuah bilik pejabat, sebuah bilik bimbingan dan kauseling, dua buah bilik ketua bidang, sebuah bilik sumber dan dua buah bilik ERT. Manakala bilik lain yang baru dibuka ialah sebuah bilik disiplin dan sebuah bilik Skim Pinjaman Buku Teks.

Oleh sebab perkembangan pendidikan dan pertambahan,ternyata ruang bilik darjah yang terhad perlu ditambah. Justeru mulai 1997, dua buah makmal sains terpaksa digunakan untuk menempatkan kelas-kelas terapung. Namun pada tahun 1998, sebuah bangunan tambahan yang mempunyai 3 bilik telah siap dibina bagi mengatasi masalah tersebut.

Pada tahun 1991, sebuah kompleks rumah guru terdiri daripada sebelas unit kelas D telah siap dibina. Kompleks rumah guru menjadi petempatan sebahagian guru yang mengajar di kawasan ini, jumlah kesemua rumah guru yang dibina di kawasan belakang kawasan sekolah ini ialah 6 buah iaitu 5 buah jenis berkembar dan sebuah rumah untuk pengetua. Satu unit flet 4 tingkat telah dibina untuk meberi kemudahan kepada ramai guru tinggal di situ.

Mulai tahun 2005, dua bangunan baru dibina di bahagian hadapan yang menempatkan pejabat, bilik guru, bilik mesyuarat, bilik bimbingan dan kaunseling, makmal, stor sukan, koperasi, dewan terbuka, makmal bahasa, bilik tayangan, bilik amali solat dan bilik darjah. Pembinaan satu bangunan 3 tingkat dan satu bangunan 4 tingkat lebih menyerlahkan lagi pambangunan SMK Sungai Tong. Satu dewan besar juga dibina di atas tapak gelanggang tenis dan satu unit rumah guru. Dengan adanya dewan yang diberi nama ”Dewan Intelek” memudahkan pelaksanaan pelbagai program di peringkat sekolah, daerah dan negeri terutama aktiviti kokurikulum.

Pada tahun 2009, pembangunan SMK Sungai Tong semakin rancak, dua bangunan asrama telah dibina bersebelahan kawasan sekolah untuk menempatkan pelajar-pelajar lelaki dan perempuan. Antara kemudahan yang disediakan di asrama baru ialah dewan makan, bilik belajar, bilik rehat, gelanggang permainan, dewan serbaguna dan bilik warden. Lapan unit rumah guru juga dibina untuk memberikan kemudahan kepada guru-guru SMK Sungai Tong.

9 November 2011

VISI

MENJADIKAN PRS SMK SUNGAI TONG PELAJAR YANG MAMPU MEMBERI KHIDMAT YANG CEMERLANG MENJELANG 2015.

MISI

MENJANA POTENSI KECEMERLANGAN DENGAN MELAHIRKAN PELAJAR YANG BERKUALITI DAN BERPRESTASI TINGGI MELALUI KEMAHIRAN DAN KEPEMIMPINAN DALAM PRS.

VISI SEKOLAH

MENJADIKAN SMK SUNGAI TONG SEKOLAH CEMERLANG MENJELANG 2015


MISI SEKOLAH

MENJANA KECEMERLANGAN DENGAN MELAHIRKAN PELAJAR YANG BERKUALITI DAN BERPRESTASI TINGGI MELALUI AKADEMIK, KEPIMPINAN, PENGUKUHAN DAN PENGHAYATAN KEROHANIAN DAN SAHSIAH SERTA BERKETRAMPILAN KOKURIKULUM


MATLAMAT SEKOLAH

  • UNTUK MEMBERI PELUANG MENIMBA ILMU, PENYERLAHAN POTENSI DIRI YANG MAPAN DAN MEMENUHI PASARAN KERJAYA

  • UNTUK MENINGKATKAN KECEMERLANGAN PRESTASI PELAJAR DALAM AKADEMIK

  • UNTUK MEMBERI PELUANG MENYERLAHKAN POTENSI DALAM BIDANG KOKURIKULUM BAGI MELAHIRKAN PEMIMPIN YANG BERKETRAMPILAN DAN BERKALIBER

  • UNTUK MEMBENTUK AKHLAK DAN MENERAP NILAI KEROHANIAN SERTA PEMIKIRAN POSITIF YANG BERTERUSAN

  • UNTUK MEWUJUDKAN IKLIM SEKOLAH YANG SIHAT KONDUSIF DALAM SEMUA ASPEK

  • UNTUK MENJADIKAN SEKOLAH SEBAGAI INSTITUSI YANG MEMENUHI KEHENDAK PELANGGAN DAN BERUPAYA MELAHIRKAN WARGANEGARA YANG SEIMBANG DARI SEGI AKADEMIK DAN SAHSIAH DIRI

GURU UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

KHAIRUL SYAHRIN BIN MAMAT

YM TUAN SHARIFAH RADHIAH BINTI SYED NOH

YUSRI BIN ABDULLAH


Kemiskinan bukan penghalang


Resepi kejayaan Rabiatul Adawiyah


beri tumpuan,rajinkan bertanya
&teruskan berdoa


Kesusahan ibu bapa mendorong Azrah 
belajar dengan lebih tekun


Tebus kesilapan


Berkat sahut cabaran abang


Nur Eliza  bersyukur atas 
kejayaan yang diperolehi

Kecacatan bukan penghalang 
untuk berjaya

Bilik UBK



















8 November 2011

CARTA ORGANISASI


TUGAS DAN PERANAN PRS

  • Merapati rakan sebaya dan mengenali mereka yang bermasalah dan merujuk mereka kepada kaunselor pelajar.
  • Menjadi pendengar yang peka kepada curahan rasa hati dan memberi sokongan emosi dalam keadaan krisis.
  • Memberi penjelasan mengenai bahaya penggunaan dadah , hubungan jantina, dan pencabulan kehormatan.Merujuk jika perlu kepada kaunselor pelajar.
  • Membantu pelajar yang menghadapi masalah akdemik melalui sistem tutor sebaya.
  • Membantu dalam memberi latihan kemahiran kepada rakan sebaya seperti kemahiran komunikasi, membuat keputusan dan kemahiran menolong.
  • Membantu melatih kumpulan PRS baru.
  • Membantu dalam aktiviti orientasi pelajar baru, menguruskan unit bimbingan sekolah, perpustakaan bimbingan dan lain-lain aktiviti yang ada kaitan dengan aktiviti bimbingan, kerjaya dan isu-isu remaja.
  • Menyertai pertandingan / karnival kerjaya.

Aktiviti Pelajar

AKTIVITI PRS 2011 






Hubungi Kami


Alamat :
Sungai Tong Terengganu Premier School
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tong
21500 Setiu Terengganu

Tel :
09-657 1776
09-657 1715

Email :
ubk_semesti@yahoo.com

PENGENALAN


       Pembimbing rakan sebaya (PRS) mula diwujudkan sebagai perintis pada tahun 1988 melibatkan seramai 12 orang pelajar.
Sambutan dan keperluan 'khidmat' PRS dalam sistem persekolahan menjadi faktor utama kepada pertambahan jumlah PRS kini seramai 80 orang terdiri dari pelajar tingkatan satu hingga tingkatan enam atas.

DEFINISI

PRS adalah sekumpulan pelajar biasa yang dipilih berdasarkan ciri-ciri berikut :-

  • Pelajar yang berminat.
  • Mewakili kelas / tingkatan.
  • Pelajar yang berpotensi untuk berubah.
  • Pelajar yang mempunyai kebolehan khas.
  • Pelajar yang suka menolong.
  • Pelajar yang berminat dalam hal kemanusian.
  • Pelajar yang bersedia untuk mempelajari sesuatu yang baru.